Puteri Noraini Bt. Megat Abdul Kadir
201152
Masalah pembuangan bayi bukanlah merupakan satu perkara yang baru berlaku di negara ini. Sejak zaman Arab Jahiliyah lagi kita dapati gejala tidak beretika dan terkutuk ini telah dilakukan khususnya terhadap bayi serta anak-anak perempuan atas faktor keagamaan masyarakat pada masa itu. Khalifah Umar Al-Khattab juga pernah melakukannya semasa beliau belum lagi menganut agama Islam dan menyesali perbuatannya apabila beliau menganuti agama Islam. Akan tetapi, gejala pembuangan bayi kini begitu berbeza senario dan keadaannya memandangkan pembuangan bayi ini dilakukan atas desakan hawa nafsu manusia itu sendiri yang terlibat dengan aktiviti penzinaan hasil daripada pergaulan bebas remaja pada hari ini. Malu, sedih, buntu setelah terlanjur dan mengandung anak luar nikah , maka pengguguran serta pembuangan bayi menjadi langkah terbaik dalam menutup segala keaiban dan keburukan yang telah dilakukan oleh manusia itu sendiri. Kini gejala pembuangan bayi diperkatakan semula berikutan semakin ramai bayi yang ditemui sama ada dalam keadaan hidup atau mati di merata tempat.
sememangnya sokongan dan dorongan daripada keluarga terutamanya ibu bapa sangat diperlukan untuk membanteras kes-kes ini. suara hati remaja harus didengar oleh ahli keluarga dan masalah haruslah dikongsi bersama agar kes pembuangan bayi tidak berlaku.
ReplyDeletetidak dapat dinafikan bahawa perkara ini memang selalu berlaku di malaysia setiap hari.
ReplyDeletePendidikan seks harus dilaksanakan dalam sekolah untuk meningkatkan kesedaran tentang keburukan sumbang mahram.
ReplyDeletesaban hari, kes pembuangan bayi sering berlaku di sekeliling kami dan hampir setiap hari laporan berita tentang isu tersebut terpapar di media massa.Lantaran itu, kerajaan perlu mengambil tindakan yang sewajarnya untuk membendung gejala ini.
ReplyDelete