SBLM 1053 : BAHASA MELAYU PENGURUSAN
KUMPULAN : C12


Renungan Bersama
Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:“Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)”.(Surah al-Israa’:32)

Saturday, August 28, 2010

Langkah-langkah mengatasi masalah pembuangan bayi 2

Dhurcka Ramasamy

204986

  • Pencegahan sebelum berlaku

Pencegahan merupakan strategi jangka panjang yang bertujuan mencegah seseorang daripada terlibat dengan gejala yang negatif. Walaupun gejala ini bermula dengan individu, tetapi impaknya melibatkan ramai pihak. Semua pihak mestilah bekerjasama dalam mewujudkan kesedaran tentang kesan dan bahaya pembuangan bayi. Setiap individu , keluarga dan masyarakat di satu-satu kawasan perlu bekerjasama dan mempunyai peranan dalam pencegahan gejala ini dan memastikan kawasan mereka bersih daripada gejala sosial ini. Pemimpin masyarakat setempat juga perlu tampil bagi membantu kerajaan dalam melaksanakan program yang direncanakan seperti pencegahan pergaulan bebas dikawasan mereka. Strategi jangka panjang ini juga untuk mewujudkan kesedaran kepada semua lapisan masyarakat bahawa pergaulan bebas membawa mudarat kepada diri, keluarga dan masyarakat.

  • Bantuan kepada remaja yang hamil luar nikah

Remaja yang hamil di luar nikah perlulah diberi bantuan bagi menjalani pemulihan yang bukan sahaja menyediakan bantuan menjaga ketika mereka hamil tetapi yang paling utama adalah membina kekuatan dalaman dan memberi pengisian rohaniah. Hal ini penting bagi menjamin kesihatan si ibu dan anak yang bakal dilahirkan. Sekiranya penjagaan rapi dibuat, gejala pembuangan bayi mungkin dapat dikurangkan walaupun tidak secara sepenuhnya. Semua pihak juga perlu memberi bimbingan kepada kaum lelaki agar mereka tidak mengambil kesempatan terhadap wanita.

No comments:

Post a Comment