SBLM 1053 : BAHASA MELAYU PENGURUSAN
KUMPULAN : C12


Renungan Bersama
Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:“Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)”.(Surah al-Israa’:32)

Saturday, August 28, 2010

Kesan Pembuangan Bayi 1


Ong Soo Im

204753

Masalah pembuangan bayi ini mampu memberi impak yang begitu besar dalam masyarakat. Kesan jangka pendek dan panjang pasti akan timbul jika masalah ini tidak dibendung dengan segera. Kesan-kesan pembuangan bayi ini dapat diklasifikasikan dalam beberapa aspek seperti kesan kepada bayi , ibu yang melahirkan, keluarga remaja perempuan yang terlibat dalam pembuangan bayi , masyarakat dan juga negara.


  • Kesan kepada bayi

Bayi adalah anugerah Allah swt yang paling berharga kepada setiap pasangan suami isteri.Tetapi bagi pasangan kekasih yang terlanjur, bayi tersebut adalah bebanan kerana mereka masih terlalu muda untuk memikul tanggungjawab ini. Akibat daripada hilang sifat kemanusiaan dalam manusia kini,bayi yang dilahirkan menjadi mangsa dan kesannya. Bayi yang baru dilahirkan ini ibarat kain putih yang suci tetapi mereka hidup tidak mengenali dan mendapat kasih sayang yang sepenuhnya daripada ibu bapa mereka. Selain itu , bayi itu terpaksa memikul gelaran anak luar nikah walaupun mereka adalah mangsa keadaan dalam masalah ini dan tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku. Yang lebih zalim lagi, mereka ditinggalkan di tempat yang terpencil dan jauh daripada pandangan masyarakat sehingga menyebabkan bayi-bayi yang tidak berdosa ini meninggal dunia.

  • Kesan kepada ibu bayi

Ibu bayi atau lebih tepat lagi menyandang gelaran pesalah dalam masalah ini. Kesan terhadap pesalah ini ialah sewaktu melahirkan bayi tersebut mereka berada dalam keadaan yang sangat tidak selesa dan mengizinkan. Tanpa persediaan yang rapi, ini memudahkan pesalah tersebut mengalami jangkitan kuman yang serius, kecederaan dan juga kehilangan banyak darah ketika melahirkan anak. Selain itu,masalah-masalah lain yang akan timbul ialah pesalah akan mengalami masalah dalam diri seperti kemurungan, hilang keyakinan diri dan juga masalah emosi.


4 comments:

  1. Kita haruslah menghargai bayi kerana bayi itu adalah anugerah Tuhan.

    ReplyDelete
  2. i think government and the parents should take action on this issue.
    -the parents;they need to spend more quality time with their children.know more about their life. sharing and caring to the children is the most important
    -the government;the WHO need to organised more talk and campaign to the teenagers in school, so that they can settle their problem easily through school councellor.

    ReplyDelete
  3. setiap bayi mempunyai hak untuk hidup dalam dunia dengan selamat dan bahagia.

    ReplyDelete
  4. kesan-kesan yg tidak patut dihadapi oleh ibu atau anak memang boleh dielakkan.
    sebagai ahli keluarga-haruslah memberi sokongan dan memberi nasihat yg diperlukan.
    sebagai ahli masyarakat-haruslah mempertimbangkan perasaan mereka tanpa meluahkan kata-kata yg tidap sedap didengar.

    ReplyDelete