Nur Izzati bt Abdul Hamid
201047
Bantuan yang diberikan :
Kerajaan sentiasa berusaha bersungguh-sungguh untuk membantu remaja yang bermasalah dan bayi untuk mendapatkan perlindungan antaranya termasuklah tertubuhnya Pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Kementerian Pembangunan Wanita dan Masyarakat, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), rumah perlindungan, hospital-hospital dan klinik-klinik kerajaan atau swasta serta Balai Polis.
- Khidmat Nasihat
Remaja-remaja yang terlibat dalam aktiviti yang negatif ini perlu mendapat khidmat nasihat dari kaunselor-kaunselor yang terlatih. Sehubungan daripada itu , terdapat pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menawarkan khidmat kaunseling ialah Unit Kaunseling Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN). LPPKN bersedia memberikan kaunseling kepada remaja perempuan yang hamil tanpa nikah bagi menghilangkan rasa bimbang,resah dan takut selain menggelakkan mereka daripada mengugurkan kandungan atau membuang dan membunuh bayi selepas melahirkan. LPPKN juga menawarkan khidmat kauseling secara individu, berkelompok, keluarga dan dalam bentuk ceramah kepada masyarakat.
- Pusat perlindungan bagi Wanita
Terdapat juga beberapa Pusat Perlindungan wanita di Malaysia antaranya KEWAJA, PERKID dan Radhatus Sakinah. Contohnya, Institusi Radhatus Sakinah ini memberikan perlindungan dan bimbingan kepada remaja perempuan yang menjadi mangsa gejala sosial. Pusat ini juga membantu remaja yang terlibat meningkatkan keyakinan dan keupayaan diri agar menjadi individu yang berguna kepada masyarakat dan agama. Pendekatan aspek agama dan nilai kerohanian, pendekatan behavioris-kognitif diterapkan di Institusi ini dalam pembentukan semula sahsiah remaja.
Antara kempen-kempen untuk membanteras gejala pembuangan bayi :
- Kami Prihatin
Kempen Kami Prihatin yang digerakkan oleh akhbar utusan Malaysia pada 22Mac2010 lalu adalah ekoran daripada gejala penderaan kanak-kanak dan pembuangan bayi yang semakin menjadi-jadi. Ketua pengarang Kumpulan Utusan Malaysia , Datuk Aziz Ishak berharap dengan adanya kempen ini semua pihak akan sedar dan dapat
berganding bahu mengatasi masalah tersebut dengan mengamalkan konsep jaya waris iaitu " Anak Orang Anak Kita "
- Kempen Tangisan Jiwa
Kempen ini yang mendapat kerjasama dari Majlis Kesukarelawan Universiti Malaysia (MASKUM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP). Kempen ini dilancarkan pada 10Jun2010. Kempen Tangisan Jiwa ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran awam dalam membanteras gejala penderaan kanak-kanak dan pembuangan bayi.
No comments:
Post a Comment