SBLM 1053 : BAHASA MELAYU PENGURUSAN
KUMPULAN : C12


Renungan Bersama
Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:“Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)”.(Surah al-Israa’:32)

Saturday, August 28, 2010

Kesan Pembuangan Bayi 2

Chee Wai Yee

204769

  • Kesan kepada institusi kekeluargaan

Akibat daripada gejala pembuangan bayi,keruntuhan institusi kekeluargaan berlaku. Apabila institusi keluarga runtuh, keharmonian dalam kekeluargaan juga terkena tempiasnya. Mereka menganggap anak menconteng arang ke muka mereka dan berasa malu mempunyai anak yang sedemikian rupa. Dalam hal ini akan menyebabkan ibu bapa menunding jari , menyalahkan antara satu sama lain kerana tidak pandai mendidik dan memelihara anak-anak hingga anak tersebut sanggup melakukan perbuatan terkutuk itu. Sebagai ibu bapa,janganlah terus menyalahkan anak-anak mereka tetapi memberi sokongan dan panduan untuk mereka meneruskan hidup.

  • Kesan kepada masyarakat

Kes pembuangan bayi ini juga mampu memberi impak kepada masyarakat sekeliling. Antara kesannya ialah menjejaskan imej masyarakat sekeliling. Sebagai rakyat yang hidup dalam komuniti yang sama, mereka pasti berasa kecewa dengan apa yang berlaku. Dalam hal ini, remaja atau pelaku sudah semestinya dipersalahkan kerana mereka yang melakukan gejala yang tidak bermoral ini. “Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga”. Peribahasa ini amat bertepatan dengan situasi ini.

  • Kesan kepada negara

Pembuangan bayi ini juga memberi impak yang sangat besar kepada negara. Secara ironinya, pembangunan sesebuah negara terletak pada akhlak pemuda pemudi generasi sekarang. Kesan yang pastinya berlaku ialah kerancakan pembangunan negara terbantut serta ekonomi negara sukar dikembangkan disebabkan oleh gejaka sosial ini. Selain itu, perbelanjaan kerajaan turut meningkat untuk menampung bayi yang ditempatkan di rumah kebajikan masyarakat. Perkara seperti ini pastinya membebankan pihak kerajaan dan pihak lain dari segi kewangan .

2 comments: